Friday, January 15, 2010

stevia-pengganti gula


sejak kebelakangan ini, isu kekurangan gula semakin menjadi topik hangat di negara kita. bila pergi ke kedai pasti gula yang akan cepat habis kerana gula amat penting dalam kegunaan seharian.

adakah anda tahu selain gula yang diperbuat dari tebu,ada juga gula yang dihasilkan daripada sejenis pokok herba yang dikenali sebagai STEVIA,mungkin anda jarang mendengar tentang pokok ini malah tidak pernah jumpa atau sentuh benda ini. okla dengan blog saya,anda dapat sedikit ilmu yang berguna sebagai pengetahuan.

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). ia juga dikenali sebagai pokok gula serta dapat mengurangkan penyakit kencing manis , mengurangkan darah tinggi dan merawat luka.pokok stevia yang selalu diaplikasikan adalah pokok dari spesies Rebaudiana atau sweetleaf.

untuk pengetahuan anda,pokok ini sudah sekian lama digunakan oleh manusia sejak berpuluh-puluh tahun lama seperti masyarakat di brazil dan paraguay dimana mereka mengunakan pokok ini sebagai pemanis teh herba dan makanan.menarik bukan pokok ini...........

No comments:

Post a Comment