Monday, July 26, 2010

kisah si pemalu

ada seorang lelaki yang sangat pemalu dan selekeh , dia selalu melihat seorang wanita yang cantik dan menawan dari jarak yang jauh. di mana saja wanita itu pergi, si pemalu ini pasti tahu dan apa makanan wanita itu gemari pasti si pemalu tahu kerana dia telah jatuh cinta dengan perempuan itu. di pendek cerita, pada satu hari lelaki yang pemalu ini memberanikan diri memberitahu wanita tersebut bahawa dia mencintai wanita itu. lelaki itu berkata "hai,bolehkah saya menberitahu awak sesuatu?". wanita itu hairan dan berkata" boleh.".lelaki itu berkata "bolehkah saya menjadi teman lelaki kau?" lantas wanita itu meninggikan suara,"kau tak layak jadi boyfriend saya, muka hodoh,stupid! puih".wanita itu meludah ke muka lelaki si pemalu. si pemalu pun berlalu pergi sambil mengesat ludah di muka dan berkata "tak apa lah, terima kasih". beberapa bulan kemudian, wanita itu mengalami kemalangan sehingga mukanya rosak teruk akibat kemalangan dan koma. si pemalu itu, selalu pergi melawat wanita tersebut dan sering berkata dengan wanita itu" semoga awak cepat sembuh, saya sentiasa menjaga awak sepanjang hayat walaupun awak hodoh dan buruk".

Wednesday, May 5, 2010

bisness nak di buat time semester holiday

tengak duk baring kat katil,tiba-tiba terfikir apa nak buat time cuti semester yang dapat mengisi masa lapang dan dapat income skit.......kalo kerja sambilan saya jenis yang malas nak buat. nakmpak pen dan kertas kat meja dan terus tulis apa nak buat masa cuti;

  1. buat bisness pisang goreng
  2. bisness jual jeruk buah-buahan
  3. tidur dan makan
  4. tolong mak kat dapur (maklumlah anak sulung)
  5. bisness soto......
harap-haraplah menjadi.......

Wednesday, April 28, 2010

nombor 21

semalam,semasa melayari internet..........diriku terbaca berkenaan dengan tarikh lahir dan cepat-cepat aku selidik kerana nampak macam seronok saja. setelah ku membaca akkhirnya baru aku tahu bagaimana perangai orang yang lahir pada nombor 21 walaupun aku tidak 100% percaya dengan kenyataannya..........katanya
  1. suka berkerja keras
  2. kuat nafsu
  3. jujur dan setia
  4. kuat cemburu
  5. kalau baik,baik betul....kalau jahat,paling jahat dan kejam

Sunday, April 25, 2010

argghhhhhhhhhhhhh........! HILANG!

minggu ini, minggu yang paling malang sekali sebab buku yang saya pinjam dari perpustakaan sudah hilang.........tidak tahu apa mahu buat..............??????????

Sunday, April 18, 2010

seminar fizik 2010



masa seminar fizik......penat ooooooooooo........tapi happy la.ada di bawah ini.....














Thursday, February 4, 2010

bukit gondol


inilah keindahan alam

Tuesday, February 2, 2010

memperkenalkan ikan kod.

siapa tahu ikan kod angkat tangan!...........main-main saja.okey,ikan kod kalau anda mau tau adalah sejenis ikan yang hidup di samudera dan banyak di tempat lain. ikan kod selalunya diminati oleh pemancing profesional(saya pun tak tau kenapa,mungkin senang dijumpai kot) dan sering dimakan oleh segenap masyarakat dari dulu sampai sekarang(saya pun jarang makan ikan kod,ada jugalah). itu sahaja yang saya dapat tentang ikan kod ini.............tetapi banyak khasiat ikan kod ini, sangat baik untuk ibu yang tengah pantang atau pelajar yang RAM fikirannya kurang dari 1Giga. Di bawah ini adalah senarai kebaikan ikan kod.

khasiat ikan kod.

  1. mengurang sakit sendi=ikan kod mengandungi asid lemak OMEGA 3 dimana ianya penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain seperti sakit tulang.
  2. meningkatkan daya pemikiran=ahah! ini bagus kepada pelajar yang rasa dirinya agak lemah atau lambat pick-up untuk memahami sesuatu subjek. saya sebagai student menggalakan anda membeli produk yang mengandungi minyak ikan kod kerana dalam ikan kod terdapat asid lemak dipanggil OMEGA 3 yang penting untuk otak kita. Asid ini akan ditukarkan kepada DHA atau EPA (kalau saya tak silap). DHA bertindak sebagai bahan yang dapat meransang kelajuan daya pemikiran otak kita,begitu juga dengan EPA.(nanti saya postkan tentang DHA dan EPA).
  3. Mencegah penyakit kanser.
  4. mencegah kencing manis.
  5. Mencegah penyakit jantung.
  6. Mencegah kemurungan.

Monday, February 1, 2010

kucing marah


kucing dengan telinganya yang panjang..........

masak ikan kod kukus

hari ini saya menulis tentang makanan untuk ibu yang sedang berpantang,saya tidak berpengalaman dalam menjaga ibu yang berpantang sebab belum kahwin lagi hehehe....tapi saya berharap anda dapat pengetahuan yang tidak seberapa ini.cara memasak ikan kod sangat simple tapi berkhasiat.anda boleh cuba lepas ini.....

ikan kod kukus

bahan-bahan:

  1. 400 gram isi ikan kod
  2. 40 gram cendawan shitake
  3. 40 gram lobak merah-dipotong dan dihiris
  4. daun ketumbar-dihiris
  5. 2 cm halia muda-dihiris
  6. sebiji limau nipis-diambil jusnya
  7. sos tiram secukup rasa
  8. garam secukup rasa

cara memasak

  1. letak ikan dalam bekas kukusan.masukan halia,cendawan,lobak daun ketumbar,sos tiram,perahan jus limau dan garam.
  2. kukus selama 15 minit hingga masak.

*kalau inginkan makan nampak cantik taburkan daun bawang yang dihiris pada ikan yang telah masak.hidangkan kepada ibu tersayang atau isteri tersayang..........gambate!

Saturday, January 30, 2010

resepi untuk wanita

hari ini saya nak post tentang masakan,saya pun tak tau pula kenapa saya mahu tulis tentang bab masak memasak ini.........apalagi saya terus selongkar buku mama saya dan akhirnya terjumpa juga benda yang dicari.....hehehe misi pertama berjaya sebab saya menyelongkar buku-buku mama tanpa disedari oleh mama(ampunkan anakmu ini,jangan marah.......).Okey la,resepi ini saya tulis khusus untuk wanita yang baru turun dapur atau pria-pria yang ingin berjinak-jinak dalam bidang memasak(sejuk hati cewek kalau dia tau balaknya pandai memasak). senang ja ni.......

JERUK MANIS TIMUN DAN TOMATO.

BAHAN:
  1. 100 ml jus lemon
  2. 180 gm timun muda-dihiris halus
  3. 120 gm tomato-dihiris halus
  4. 30 gm sos plum
  5. 30 gm gula merah
  6. 30 gm bawang merah jeruk-dicincang
  7. Garam dan gula pasir secukup rasa
  8. Air panas secukupnya.
CARA MEMASAK:

  1. Rendam timun dalam jus lemon,gula dan garam selama 20 minit. Toskan dan biarkan.
  2. Ambil tomato dan rendam di dalam air panas selama seminit. buang kulit dan bijinya sebelum dipotong dadu. ketepikan.
  3. Larutkan gula bersama sedikit air,bawang jeruk,sos plum dan gula merah.
  4. Masukan timun dan tomato.Gaul hingga sebati.

SELAMAT MENCUBA........:)

Thursday, January 28, 2010

imbauanku part 1

ini adalah gambarku semasa mula-mula melanjutkan pengajian ke universiti...............banyak kenangan manis dan pahit berlaku dalam interaksi. Sekarang ini saya dah part 5 dan tinggal setahun lagi pengajianku di UiTM sabah dan saya berharap dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi jika ada rezeki hehehehehe........
okey...mula-mula sekali,ini gambar kami semua

ini pertandingan menari,siiiiyyyyyyyyuuuuuuuuuukkkkk!


baju belang merah tu........saya lah agak kurus lagi tu dan sekarang masih maintain lagi

memasang khemah masing-masing.....



Thursday, January 21, 2010

blackbody

blackbody is the object that absorb all electromagnetic radiation that fall on it and emitted radiation when its hot and lumination

the term blackbody was introduced by gustav kirchoff in 1860 and its light called as black body radiation

in the room temperature,the black body emitted infrared light but when the temperature is increased the blackbody start to emit visible wavelength.fro red to blue colour.

Friday, January 15, 2010

stevia-pengganti gula


sejak kebelakangan ini, isu kekurangan gula semakin menjadi topik hangat di negara kita. bila pergi ke kedai pasti gula yang akan cepat habis kerana gula amat penting dalam kegunaan seharian.

adakah anda tahu selain gula yang diperbuat dari tebu,ada juga gula yang dihasilkan daripada sejenis pokok herba yang dikenali sebagai STEVIA,mungkin anda jarang mendengar tentang pokok ini malah tidak pernah jumpa atau sentuh benda ini. okla dengan blog saya,anda dapat sedikit ilmu yang berguna sebagai pengetahuan.

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). ia juga dikenali sebagai pokok gula serta dapat mengurangkan penyakit kencing manis , mengurangkan darah tinggi dan merawat luka.pokok stevia yang selalu diaplikasikan adalah pokok dari spesies Rebaudiana atau sweetleaf.

untuk pengetahuan anda,pokok ini sudah sekian lama digunakan oleh manusia sejak berpuluh-puluh tahun lama seperti masyarakat di brazil dan paraguay dimana mereka mengunakan pokok ini sebagai pemanis teh herba dan makanan.menarik bukan pokok ini...........

ini gambar kat new building.........cantik dan selesa


bangunan baru........kami bergambar terus

Sunday, January 10, 2010

kembali ke.............

hampir seminggu saya berada di universiti.............fuh banyak benda yang perlu dilakukan pada semester ini dan tinggal setahun lagi saya akan menamatkan pengajian saya di peringkat diploma. walau apa pun ini adalah perjuangan .........