Monday, July 26, 2010
kisah si pemalu
ada seorang lelaki yang sangat pemalu dan selekeh , dia selalu melihat seorang wanita yang cantik dan menawan dari jarak yang jauh. di mana saja wanita itu pergi, si pemalu ini pasti tahu dan apa makanan wanita itu gemari pasti si pemalu tahu kerana dia telah jatuh cinta dengan perempuan itu. di pendek cerita, pada satu hari lelaki yang pemalu ini memberanikan diri memberitahu wanita tersebut bahawa dia mencintai wanita itu. lelaki itu berkata "hai,bolehkah saya menberitahu awak sesuatu?". wanita itu hairan dan berkata" boleh.".lelaki itu berkata "bolehkah saya menjadi teman lelaki kau?" lantas wanita itu meninggikan suara,"kau tak layak jadi boyfriend saya, muka hodoh,stupid! puih".wanita itu meludah ke muka lelaki si pemalu. si pemalu pun berlalu pergi sambil mengesat ludah di muka dan berkata "tak apa lah, terima kasih". beberapa bulan kemudian, wanita itu mengalami kemalangan sehingga mukanya rosak teruk akibat kemalangan dan koma. si pemalu itu, selalu pergi melawat wanita tersebut dan sering berkata dengan wanita itu" semoga awak cepat sembuh, saya sentiasa menjaga awak sepanjang hayat walaupun awak hodoh dan buruk".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment