Monday, December 26, 2011

10 tahun akan datang

sekarang nie umur ku mencecah 24 tahun. terfikir juga bagaimana keadaan hidupku 10 tahun akan datang, adakah aku sudah berkahwin mempunyai anak sendiri yang comel dan ceria, mempunyai rumah yang besar dan cantik, mempunyai kereta yang cantik malah bertimbun,mempunyai isteri yang sentiasa memahami diriku ni.bila terfikir ssemua itu,macam tidak tercapai pula apa aku inginkan pada masa 10 tahun akan datang kalau dilihat keadaan aku sekarang ini kerana pelajaranku pun tidak menggembirakan hati ini apa lagi dengan tanpa seseorang yang berada disisi yang sentiasa memberi sokongan. aku rasa tanpa seorang yang bernama kekasih membuatkan hidupku ini macam bosan.Masa ini,aku amat menyukai seorang wanita yang bernama J dan berharap dia menjadi seseorang yang memberi sokongan dan dorongan kepada aku ini tetapi nampaknya impian itu hanya mimpi saja yang tidak dapat aku terjemahkan dalam realiti.mungkin aku ini adalah lelaki yang bukan lelaki idaman dia dan aku hanya bertepuk sebelah tangan saja dan ketawa dengan gambaran wajahku dicermin. walau apapun, sepanjang hidupku ini aku tetap menyintai mu lalu aku tidak memiliki mu.Kalau lah ada mesin yang dapat membawa aku ke masa hadapan untuk melihat kehidupanku di masa hadapan, aku mahu melihat siapa aku masa itu dan siapa bakal penenang jiwa dan penerusku.10 tahun amat lama untuk dinantikan tetapi amat singkat bila difikirkan............bila umur 34 tahun dan membaca kembali apa yang aku coretkan ini,mungkin akan tergelak dan "punya lah bodoh aku dulu, rupa-rupanya si anu itu adalah bini ku pula, damn!"

No comments:

Post a Comment