Saturday, January 30, 2010

resepi untuk wanita

hari ini saya nak post tentang masakan,saya pun tak tau pula kenapa saya mahu tulis tentang bab masak memasak ini.........apalagi saya terus selongkar buku mama saya dan akhirnya terjumpa juga benda yang dicari.....hehehe misi pertama berjaya sebab saya menyelongkar buku-buku mama tanpa disedari oleh mama(ampunkan anakmu ini,jangan marah.......).Okey la,resepi ini saya tulis khusus untuk wanita yang baru turun dapur atau pria-pria yang ingin berjinak-jinak dalam bidang memasak(sejuk hati cewek kalau dia tau balaknya pandai memasak). senang ja ni.......

JERUK MANIS TIMUN DAN TOMATO.

BAHAN:
  1. 100 ml jus lemon
  2. 180 gm timun muda-dihiris halus
  3. 120 gm tomato-dihiris halus
  4. 30 gm sos plum
  5. 30 gm gula merah
  6. 30 gm bawang merah jeruk-dicincang
  7. Garam dan gula pasir secukup rasa
  8. Air panas secukupnya.
CARA MEMASAK:

  1. Rendam timun dalam jus lemon,gula dan garam selama 20 minit. Toskan dan biarkan.
  2. Ambil tomato dan rendam di dalam air panas selama seminit. buang kulit dan bijinya sebelum dipotong dadu. ketepikan.
  3. Larutkan gula bersama sedikit air,bawang jeruk,sos plum dan gula merah.
  4. Masukan timun dan tomato.Gaul hingga sebati.

SELAMAT MENCUBA........:)

2 comments:

  1. wah2... main masak2 nampak... :D

    ReplyDelete
  2. ini lah ini.........siapa mau belajar memasak saya boleh tolong dengan blog ni.....

    ReplyDelete